Wednesday, 16 January 2013

CARA BACA KOD BAR (Tanda Harga)


CARA BACA KOD BAR ... (semua orang mesti tahu)


SENTIASA MEMBACA Labels PADA MAKANAN YANG ANDA BELI~~ PERKARA APA YANG DEPAN KOTAK ATAU PAKEJ BERKATA, PUSINGKAN LEBIH BAIK DAN BACA DI BELAKANG --- TELITI!


Dengan semua produk makanan dan haiwan sekarang datang dari China, ia adalah yang terbaik untuk pastikan anda membaca label di pasar raya dan terutamanya apabila membeli produk makanan. Banyak produk tidak lagi menunjukkan di mana mereka telah dibuat, hanya memberi mana pengedar terletak. Seluruh dunia bimbang tentang buatan China sebab kebanyakannya tiruan!.

Bolehkah anda membezakan yang mana satu dibuat di Taiwan atau China? Dunia juga bimbang tentang GMO (Genetically Modified Organisme) makanan; steroid makan haiwan (ex: 45 hari ayam daging lama).

Ia adalah penting untuk membaca kod bar untuk mengesan asal-usulnya. Bagaimana untuk membaca Kod Bar .... HA! Ini caranya!

Jika 3 digit pertama kod bar adalah 690, 691 atau 692, produk DIBUAT DI CHINA.
471 pualak buat dari Taiwan.
Jika 3 digit pertama kod bar adalah 00-09 maka ia dibuat atau diperoleh di Amerika Syarikat.

Ini adalah hak kita untuk tahu, tetapi kerajaan dan jabatan-jabatan berkaitan tidak pernah mendidik orang awam, oleh itu kita perlu untuk menyelamatkan diri. Kini, peniaga Cina tahu bahawa pengguna tidak suka produk "MADE IN CHINA", supaya mereka tidak menunjukkan dari negara mana ia dibuat. Walau bagaimanapun, kini anda boleh merujuk kepada barcode -

ingat jika 3 digit pertama adalah:
890 ...... DIBUAT DI INDIA
690, 691, 692 ... maka ia DIBUAT DI CHINA
00-09 ... Amerika Syarikat dan Kanada
30-37 ... PERANCIS
40-44 ... JERMAN
471 ........ Taiwan
49 .......... JEPUN
50 .......... UK Kongsi!

So, Apa pendapat korang dengan maklumat ini? berguna x?

Tuesday, 15 January 2013

Ajaib Sungguh Air Mata Kita


 Huaa...  huaaa.... huaaa baru admin tahu kelebihan air mata.. ingatkan hanya sakitkan mata jer... rupenyer ada juga kelebihannya.! kalau cam nih, admin nak menagis selalu lah... kamu semua pun kene jugak!

1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

pesanan: tapi.... jangan lah tibe2 jer nangis tengah jalan ! kang org cakap kome gile pulak! ingat tuh! hahahah... eh silap! hua... hua... hua....

Madu: Keistimewaan mengikut Islam


Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah karena dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, maupun kesehatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:

Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
Rasulullaah SAW, bersabda :
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Dalam al-Qur’an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai obat dan penjaga kesehatan.

Sumber: http://myibrah.com/khasiat-madu-mengikut-al-quran

Sunday, 13 January 2013

Siti Manis: Amalan pemakanan sihat mengikut sunnah Rasulullah ...

Amalan pemakanan sihat mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

Semalam, Siti dah share sedikit tentang senarai makanan dan hikmahnya menurut Islam. Entry kali ni, juga masih mengenai makanan., cuma nak kaitkan dengan amalan pemakanan Rasulullah S. A. W. Lepas baca ni, rasanya banyak amalan pemakanan Siti yang dah salah sebenarnya. Hm.. patutlah sekarang ni timbul macam-macam penyakitkan? Secara tak langsung, ia pasti berkait rapat dengan amalan pemakanan kita juga...


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka. 


3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain - Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik. 

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.


copy/pate: http://ctsweet111.blogspot.com/2011/02/amalan-pemakanan-sihat-mengikut-sunnah.html

Cara-Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah: Keperluan Kalori Sehari

Jumlah keperluan kalori sehari untuk seseorang berbeza mengikut gaya hidup, pekerjaan, jantina dan umur.

Contohnya jika kita seorang yang sangat aktif kita memerlukan kalori yang banyak untuk mendapatkan tenaga.

Jika kita kurang aktif….faham-faham lah…kita hanya perlukan kalori yang sedikit… Jika kita mengambil kalori dalam kuantiti dengan banyak juga…kalori yang tidak digunakan akan disimpan dalam bentuk lemak.

Hasilnya, kita akan jadi gemuk..

Jadi, berapakah kalori yang diperlukan sehari?

Sebenarnya ada formula untuk mengira berapa banyak kalori yang kita perlukan sehari.

Jom kita buat kira-kira……

Formula:

Untuk lelaki: [(13.75 x b) + (5 x t) - (6.76 x u) + 66] x [Aktiviti]

Untuk wanita: [(9.56 x b) + (1.85 x t) - (4.68 x u) + 655] x [Aktiviti]

Petunjuk:

t = tinggi dalam cm
b = berat badan dalam kg
u = umur

Aktiviti:

1.2 =  senaman yang sikit atau tiada senaman langsung
1.375 = bersenam 1-3 hari dalam seminggu
1.55 = bersenam 3-5 hari dalam seminggu
1.725 = bersenam 6-7 hari seminggu
1.9 = bersenam secara extreme setiap hari

Contohnya seorang wanita berumur 23 tahun, tinggi pula 155 cm, berat badan 75 kg dan aktivitinya adalah melakukan senaman yang sedikit.

Masukkan maklumat di atas dalam formula.

[(9.56 x 75) + (1.85 x 155) – (4.68 x 23) + 655] x [1.2]

Kita selesaikan kurungan pertama dahulu.

[(717) + (286.75) – (107.64) + 655] x [1.2]

= [1551.11] x [1.2]

= 1861.33

Jadi, anggaran keperluan kalori sehari wanita itu adalah 1861.33 kalori sehari untuk maintainkan berat badan.

Menurut kajian ebook
Kevin Zahri, untuk kurangkan berat badan, wanita itu perlu kurangkan kalori lebih kurang 500 kalori sehari.

Bermakna, 1861.33 – 500 = 1361.33

Jadi, 1361.33 kalori sehari wanita itu perlu ambil untuk kuruskan badan.

(copy/paste from: http://cara-cara-kuruskan-badan.blogspot.com/p/keperluan-kalori-sehari.htm )


Klik 'Like' jika anda suka artikel ini

Wednesday, 2 January 2013

Kesan Kafein di dalam kopi

 Selalunya, Anda dengar kopi boleh mengurangkan ngantuk kerana mengandungi kafein. itu ialah satu kebaikan daripadanya. tetai, kali ini saya nak bincangkan tentang keburukan kafein pula...



Kesan jangka panjang 

Ulser

    Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. 

     Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung 

     Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih

     Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. 

    Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.